Skip to main content
Skip to main content

Build your solar plan — no payment until you approve

Configure solar
Proses Permohonan Solar ATAP Malaysia
NEM Digantikan Solar ATAP — Berkuat Kuasa Januari 2026

Cara Apply Solar ATAP 2026 (Pengganti NEM)

Panduan lengkap permohonan Solar ATAP — program baharu pengganti NEM yang membolehkan anda mengeksport lebihan elektrik ke grid TNB dan mengurangkan bil anda (penjimatan bergantung pada bil dan saiz sistem).

Berdaftar SEDA

RPVSP Berdaftar

4.9 Bintang

Ulasan Pelanggan

Urus Dokumen A-Z

Tanpa Caj Tambahan

Penting: NEM telah digantikan sepenuhnya oleh Solar ATAP mulai Januari 2026 — kredit lebihan tenaga tidak lagi dibawa ke bulan hadapan

Fahami Solar ATAP 2026

Apa Itu Solar ATAP? (Pengganti NEM)

Bagaimana Solar ATAP Berfungsi

1

Siang Hari — Panel Hasilkan Tenaga

Panel solar di bumbung anda menghasilkan tenaga elektrik dari cahaya matahari.

2

Gunakan Dahulu untuk Rumah

Tenaga solar digunakan terus untuk peralatan elektrik dalam rumah anda.

3

Lebihan Dieksport ke Grid TNB

Lebihan tenaga dieksport ke grid TNB dan dikreditkan pada kadar RM0.2703/kWh dalam bil bulan semasa.

4

Malam Hari — Guna Kredit

Kredit Solar ATAP menolak bil TNB anda. Kredit mesti digunakan dalam bulan yang sama.

Solar ATAP vs NEM Lama

AspekNEM (Lama)Solar ATAP (2026)
StatusTamatAktif (2026)
Kadar Kredit1-to-1 offsetRM0.2703/kWh
Bawa KreditYaTidak — bulan semasa sahaja
Rebat SolaRISRM4,000Tamat (April 2025)
Rebat SuRIA (kediaman)—RM600/kWac, maks. RM3,000
PemantauanMeter biasaMeter Pintar Bi-directional

Kritikal: Kerana kredit tidak boleh dibawa ke hadapan, saiz sistem mesti dikira dengan tepat. Sistem terlalu besar akan membuang kredit. Trexon kira saiz optimum untuk anda.

✗Anda Tidak Boleh Apply Sendiri

Hanya syarikat RPVSP (Syarikat Pemasang Solar Berdaftar SEDA) yang dibenarkan log masuk ke sistem e-NEM SEDA untuk menghantar pelan lukisan teknikal. Permohonan persendirian tidak akan diterima.

✓Trexon Urus A hingga Z — Termasuk Dalam Harga

Sebagai kontraktor RPVSP berdaftar, jurutera GCP kami menyediakan dokumen teknikal dan memohon kelulusan SEDA bagi pihak anda — tanpa sebarang caj tambahan. Anda hanya sediakan IC dan bil TNB.

Panduan Langkah Demi Langkah

5 Langkah Permohonan Solar ATAP

Dokumen asas ialah IC dan bil TNB terkini; dokumen tambahan mungkin diperlukan. Trexon uruskan bakinya.

01
1 hari

Semakan Syarat Asas & Kelayakan

Akaun TNB mesti atas nama pemilik rumah, tiada tunggakan bil, dan bil bulanan disyorkan melebihi RM250 untuk ROI yang berbaloi.

ANDA SEDIAKAN:

Sediakan salinan bil TNB

TREXON URUSKAN:

Sebut harga percuma

02
1–2 hari

Penyediaan Dokumen (2 Dokumen Sahaja)

Anda hanya perlu berikan salinan Kad Pengenalan (IC) dan salinan bil TNB terkini. Trexon sediakan semua dokumen teknikal yang lain.

ANDA SEDIAKAN:

IC + Bil TNB

TREXON URUSKAN:

Semua dokumen teknikal lain

Trexon Uruskan Sepenuhnya
03
14–21 hari

Trexon Hantar Permohonan e-Solar ATAP ke SEDA

Jurutera GCP kami mereka bentuk susun atur teknikal dan menghantar permohonan ke portal SEDA. Kelulusan mengambil masa 14–21 hari bekerja.

ANDA SEDIAKAN:

Tiada — anda hanya tunggu

TREXON URUSKAN:

Hantar permohonan teknikal A-Z

04
1–2 hari

Pemasangan & Komisioning (1–2 Hari)

Setelah kelulusan SEDA diperoleh, pasukan kami pasang panel, inverter, dan mounting. Jurutera GCP uji keselamatan mengikut standard Suruhanjaya Tenaga.

ANDA SEDIAKAN:

Terima pemasangan di rumah

TREXON URUSKAN:

Pasang + uji sistem solar

05
2–4 minggu

TNB Tukar Meter Pintar Bi-directional

TNB menghantar juruteknik mereka untuk menukar meter lama anda kepada Meter Pintar Bi-directional secara percuma. Sistem solar anda kini mula mengeksport ke grid TNB!

ANDA SEDIAKAN:

Terima kunjungan TNB

TREXON URUSKAN:

Koordinasi dengan TNB

Dokumen Anda

2 Sahaja

IC + Bil TNB

Proses Kelulusan

6–10 Minggu

Dari tempahan hingga pentauliahan TNB, termasuk penukaran meter

Pemasangan Fizikal

1–2 Hari

Pantas dan kemas

Dokumen Yang Anda Perlu Sediakan

Dokumen asas: IC dan bil TNB terkini; dokumen tambahan (geran/SPA, borang kebenaran) mungkin diperlukan

Kad Pengenalan (IC)

Wajib

Salinan IC pemilik rumah — mestilah nama yang sama dengan akaun TNB

Bil TNB Terkini

Wajib

Salinan bil 1–3 bulan terkini untuk semak corak penggunaan dan status akaun

Borang Kebenaran (jika perlu)

Jika perlu

Jika rumah atas nama bersama atau pemilik berbeza dari pemegang akaun TNB

Dokumen Pinjaman Hijau Bank (jika pakai)

Jika perlu

Untuk pinjaman hijau Maybank, CIMB, RHB, Public Bank atau BSN — Trexon sediakan semua dokumen, anda hanya tandatangan

Kadar Tenaga 2026

Kadar Kredit Tenaga Solar ATAP

Fahami kadar eksport dan penjimatan sebenar anda

KategoriKadarNota
Eksport ke Grid (Solar ATAP)RM0.2703/kWhKredit dalam bil TNB bulan semasa
Tarif Domestik RP4: Caj TenagaRM0.2703/kWhRM0.3703/kWh melebihi 1,500 kWh sebulan (tarif RP4 mulai 1 Jul 2025)
Tarif Domestik RP4: Caj KapasitiRM0.0455/kWhDielakkan bagi tenaga solar yang digunakan sendiri
Tarif Domestik RP4: Caj RangkaianRM0.1285/kWhDielakkan bagi tenaga solar yang digunakan sendiri; kredit eksport tidak dibawa ke bulan seterusnya

Rebat SuRIA: RM600 setiap kWac, Maksimum RM3,000

Untuk warganegara Malaysia dengan sistem Solar ATAP kediaman. TNB memaklumkan anda — tiada permohonan berasingan diperlukan — dan rebat dibayar kepada pemegang akaun TNB. Rebat SolaRIS RM4,000 telah tamat pada April 2025.

Tentang Rebat SuRIA

Soalan Lazim Solar ATAP 2026

Jawapan jelas untuk soalan yang paling kerap ditanya tentang Solar ATAP

Bolehkah saya buat permohonan Solar ATAP sendiri secara online?
Tidak boleh. Permohonan kuota Solar ATAP mesti dikemukakan melalui sistem e-NEM oleh syarikat pemasang solar yang berdaftar (RPVSP) dengan SEDA seperti Trexon Energy. Ini untuk memastikan pemasangan selamat dan mengikut piawaian teknikal.
Apakah beza Solar ATAP 2026 dengan program NEM lama?
Solar ATAP menggantikan NEM mulai Januari 2026. Perbezaan utama: kredit lebihan tenaga tidak lagi dibawa ke bulan hadapan (no carry forward). Kredit mesti digunakan dalam bulan yang sama. Ini bermakna saiz sistem yang tepat adalah sangat penting untuk memaksimumkan manfaat.
Berapa lama proses kelulusan Solar ATAP SEDA dan TNB?
SEDA dan TNB menetapkan tempoh pemprosesan masing-masing. Dari tempahan hingga pentauliahan TNB biasanya mengambil masa 6–10 minggu, termasuk penukaran meter oleh TNB. Pemasangan di tapak mengambil masa 1–2 hari.
Bolehkah saya jual lebihan elektrik kepada TNB dan dapat wang tunai?
Di bawah program Solar ATAP, TNB tidak membayar wang tunai. Lebihan tenaga elektrik yang dieksport ke grid akan dikreditkan ke dalam bil TNB pada bulan yang sama pada kadar RM0.2703/kWh. Kredit ini mengurangkan bil TNB anda — tetapi tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya.
Adakah kuota Solar ATAP 2026 masih ada?
Kapasiti Solar ATAP ditetapkan oleh Kerajaan dan diperuntukkan mengikut siapa dahulu, dia dapat. Rebat SolaRIS RM4,000 telah tamat pada April 2025 dan tidak lagi menerima permohonan. Rebat semasa untuk kediaman ialah Rebat SuRIA: RM600 setiap kWac, maksimum RM3,000, untuk warganegara Malaysia, dibayar kepada pemegang akaun TNB.
Apakah berlaku kepada kredit Solar ATAP pada akhir bulan?
Di bawah Solar ATAP 2026, kredit yang tidak digunakan pada akhir bulan akan LUPUT — tidak dibawa ke bulan berikutnya berbeza dengan NEM lama. Ini sebab sizing sistem yang tepat mengikut corak penggunaan sebenar anda adalah sangat kritikal. Trexon kira saiz optimum untuk rumah anda.

Ada soalan lain? WhatsApp jurutera kami terus.

Hubungi +60 12-770 7249
Biar Pakar Trexon Uruskan Permohonan Solar ATAP Anda

Kurangkan Bil TNB Anda dengan Solar ATAP

Trexon uruskan permohonan Solar ATAP anda tanpa sakit kepala. Anda mulakan dengan IC dan bil TNB.

Atau hubungi jurutera jualan kami: +60 12-770 7249