Build your solar plan — no payment until you approve
Configure solar
Pasang Panel Solar Malaysia Pemasangan 1–2 Hari
Proses lengkap dari penilaian bumbung, kelulusan Solar ATAP TNB, sehinggalah meter pintar dipasang dan anda mula jimat bil TNB kira-kira 70%.
Berdaftar SEDA
RPVSP Berdaftar
4.9 Bintang
Ulasan Pelanggan
Pemasangan 1–2 Hari
Proses Ekspres
Rebat SolaRIS RM4,000 telah tamat pada April 2025. Rebat SuRIA untuk kediaman: RM600/kWac, maksimum RM3,000.
Proses Pemasangan Solar Di Rumah Anda
Proses nampak rumit kerana melibatkan pelbagai agensi kerajaan. Dengan Trexon, tugas anda hanyalah menyediakan 2 dokumen asas — kami uruskan selebihnya.
Sebut Harga Percuma: Semakan Bumbung & Bil TNB
Hari 1Kongsi salinan bil TNB dan lokasi rumah anda. Kami gunakan satelit Google Maps untuk analisis orientasi bumbung dan kira saiz sistem optimum untuk rumah anda.
Kelulusan Pembiayaan & Perjanjian
Hari 1–3Pilih kaedah pembayaran — tunai, pinjaman bank (semak terma semasa dengan bank), atau sewa-untuk-milik. Trexon sediakan semua dokumen tanpa caj tambahan.
Permohonan Kuota Solar ATAP (SEDA)
Minggu 2–3Jurutera kami hantar pelan teknikal ke SEDA untuk kelulusan kuota Solar ATAP 2026 — pengganti program NEM.
Pemasangan Fizikal 1–2 Hari
Hari 1–2Pasukan terlatih pasang mounting bracket, panel suria, dan inverter. Proses mengambil masa hanya 1–2 hari bergantung saiz bumbung.
Pengujian, Commissioning & Meter Pintar TNB
Minggu 4–6Jurutera GCP bertauliah uji keselamatan sistem. TNB kemudian tukar meter lama kepada Meter Pintar Bi-directional secara percuma. Sistem anda mula jimat!
Masa Keseluruhan Proses
6–10 Minggu
Pemasangan fizikal: 1–2 hari. Kelulusan SEDA + TNB, perolehan peralatan dan penjadualan pentauliahan termasuk.
Adakah Bumbung Saya Sesuai?
Hampir semua jenis bumbung sesuai untuk pemasangan solar
Genting Konkrit / Clay
SesuaiPaling sesuai — mounting standard digunakan
Bumbung Besi (Metal Roof)
SesuaiSesuai — bracket khas dipasang terus
Bitumen / Shingle
SesuaiSesuai — perlu flashing khas untuk anti-bocor
Bumbung Rata (Flat Roof)
SesuaiSesuai — gunakan ballast mounting (tiada gerudi)
Bumbung Asbestos
Tidak SesuaiTidak disyorkan — perlu tukar bumbung dahulu
Tidak pasti jenis bumbung anda? Pasukan Trexon akan semak bumbung anda dari jauh menggunakan Google Maps dan berikan sebut harga percuma. Lawatan tapak tidak diperlukan untuk sebut harga; hantar gambar bumbung anda.
Pakej Pemasangan Solar
Harga all-inclusive — tiada kos tersembunyi
Pakej Asas
6.82 kWp
RM17,499
atau ansuran kad kredit 0% sehingga 24 bulan
- Panel Tier-1 + Solis Inverter
- Pemasangan 1–2 hari
- Waranti prestasi panel 30 tahun
- Rebat SuRIA: RM600/kWac (maks. RM3,000)
Pakej Lanjutan
10.54 kWp
RM27,499
atau ansuran kad kredit 0% sehingga 24 bulan
- Huawei Smart PV Inverter
- Pemantauan app pintar
- Waranti prestasi panel 30 tahun
- Rebat SuRIA: RM600/kWac (maks. RM3,000)
Pakej Elit
12.4 kWp
RM29,999
atau ansuran kad kredit 0% sehingga 24 bulan
- Huawei Smart PV Inverter
- Sistem untuk Banglo
- Waranti prestasi panel 30 tahun
- Rebat SuRIA: RM600/kWac (maks. RM3,000)
Syarat Kelayakan Pemasangan Solar
Semak sama ada rumah anda memenuhi syarat
Bil TNB Atas Nama Pemilik
Akaun TNB mesti didaftarkan atas nama pemilik rumah. Jika masih atas nama pemaju, anda perlu tukar nama terlebih dahulu.
Bil Bulanan Melebihi RM250
Bil bulanan TNB disyorkan melebihi RM250 untuk memastikan ROI yang berbaloi. Jika bil di bawah RM150, tempoh pulangan mungkin terlalu lama.
Ruang Bumbung Yang Cukup
Kawasan bumbung seluas 2 petak parking kereta sudah cukup untuk sistem asas. Bumbung tidak dihalang bayang-bayang besar.
Tiada Tunggakan Bil TNB
Akaun TNB mesti dalam status baik tanpa tunggakan untuk kelulusan Solar ATAP diproses oleh SEDA dan TNB.
Tidak Pasti Sama Ada Anda Layak?
Gunakan kalkulator kami — masukkan bil TNB dan lokasi anda.
Semak Kelayakan SayaKenapa Wajib Pilih Syarikat Berdaftar SEDA?
Pemasangan solar melibatkan voltan tinggi DC. Sangat bahaya jika dilakukan oleh kontraktor tidak bertauliah.
Insurans & Waranti Sah
Sahkan syarat waranti prestasi panel 30 tahun dalam dokumen waranti pengeluar.
Layak Rebat SuRIA
Rebat SuRIA (RM600/kWac, maks. RM3,000) untuk sistem Solar ATAP kediaman yang ditauliahkan oleh TNB; permohonan Solar ATAP dibuat oleh RPVSP berdaftar.
Kelulusan TNB Sah
Hanya RPVSP yang boleh log masuk ke portal SEDA untuk permohonan.
Keselamatan Terjamin
Komisioning oleh Jurutera GCP bertauliah — sistem anda selamat ikut standard ST.

Soalan Lazim Pemasangan Solar
Berapa lama masa yang diambil untuk pasang solar panel?
Adakah rumah saya sesuai untuk dipasang solar?
Adakah saya perlu tukar bumbung sebelum pasang solar?
Siapa yang uruskan permohonan dengan TNB dan SEDA?
Apakah beza Solar ATAP 2026 dengan program NEM lama?

Sedia Mulakan Penjimatan Bil TNB Anda?
Dapatkan sebut harga percuma melalui kalkulator satelit kami. Tidak perlu tunggu perunding datang ke rumah.
Perlukan bantuan? Hubungi: +60 12-770 7249