Skip to main content
Skip to main content

Build your solar plan — no payment until you approve

Configure solar
Trexon Energy logo
About
Sign Up
Calculate Savings
Panduan Paling Lengkap 2026

Panduan Lengkap Panel Solar Malaysia 2026

Semua yang anda perlu tahu tentang panel solar di Malaysia — harga sebenar, cara pasang, penjimatan bulanan, insentif kerajaan, dan cara pilih kontraktor yang betul. Panduan ini dikemaskini Mac 2026.

22 minit bacaanOleh Chandra Rau, MIT • Berdaftar SEDADikemaskini Mac 2026
Dapatkan Sebut Harga PercumaWhatsApp Kami

Berdasarkan 500+ pemasangan solar di seluruh Malaysia

RM 14,999
Harga bermula (selepas SolaRIS)
RM 300-600
Penjimatan bil sebulan
4-6 Thn
Tempoh pulangan pelaburan

Panel solar standard moden boleh bertahan 25-30 tahun — pulangan pelaburan yang luar biasa.

  1. Home
  2. Laman Utama
  3. Blog
  4. Panduan Panel Solar 2026

Isi Kandungan

Apa Itu Panel Solar?Berapa Kos Panel Solar?Penjimatan SebenarKalkulator InteraktifLangkah PemasanganInsentif & PembiayaanJenis Panel SolarSoalan Penting Sebelum PasangSoalan Lazim

Bahasa / Language

WhatsApp Sekarang+60 12-770 7249

Apa Itu Panel Solar?

Panel solar (atau fotovoltaik / PV) adalah peranti yang menukar cahaya matahari terus kepada elektrik melalui kesan fotoelektrik. Elektrik yang dihasilkan adalah arus terus (DC), kemudian ditukar kepada arus ulang-alik (AC) oleh inverter untuk digunakan di rumah anda.

Bagaimana Ia Berfungsi?

1

Panel solar menyerap cahaya matahari dan hasilkan elektrik DC.

2

Inverter tukar DC kepada AC yang boleh digunakan di rumah.

3

Elektrik digunakan secara langsung — jimat bil TNB anda.

4

Lebihan elektrik dieksport ke grid TNB melalui program Solar ATAP.

Kenapa Malaysia Sangat Sesuai untuk Solar?

4.5-5.5 jam cahaya matahari puncak sehari
Sinaran suria antara tertinggi di Asia Tenggara
Hujan bersihkan panel secara semula jadi
Grid TNB stabil dengan program Solar ATAP yang mapan
Kredit bil Solar ATAP + insentif GITA untuk syarikat

Berapa Kos Panel Solar di Malaysia?

Kos panel solar di Malaysia pada 2026 bergantung pada saiz sistem dan jenama panel yang dipilih. Harga sudah termasuk panel, inverter, mounting, pendawaian, dan pemasangan oleh kontraktor berdaftar SEDA.

Kadar semasa: RM 3.50 – 5.00 per Watt-peak (Wp)
Saiz SistemSesuai UntukBil BulananKos AnggaranPenjimatan/BulanBayar Balik
3 kWpApartment / Rumah kecilRM 100-200RM 10,499RM 150-2505-6 thn
5 kWpPopularRumah teres 1 tingkatRM 200-350RM 17,499RM 280-4004-5 thn
8 kWpRumah teres 2 tingkatRM 350-550RM 27,999RM 420-5804-5 thn
10 kWpSemi-D / BungalowRM 500-800RM 34,999RM 550-7204-5 thn
12 kWpBungalow / Penggunaan tinggiRM 700+RM 41,999RM 650-9004-5 thn

* Harga selepas rebat SolaRIS RM 4,000 (untuk kediaman). Harga bergantung pada jenama panel dan lokasi. Hubungi Trexon untuk sebut harga tepat.

Panduan lengkap harga panel solar Malaysia 2026

Penjimatan Sebenar Mengikut Saiz Bil

Penjimatan sebenar bergantung pada bil elektrik semasa anda. Semakin tinggi bil, semakin besar penjimatan. Ini adalah anggaran berdasarkan kadar TNB 2026 dan data pemasangan sebenar kami.

Bil semasa
RM 150
Sistem disyorkan
3 kWp
Penjimatan bulanan
RM 100-150/bulan
Kurang 65-80%
Bil semasa
RM 250
Sistem disyorkan
5 kWp
Penjimatan bulanan
RM 180-280/bulan
Kurang 70-85%
Bil semasa
RM 400
Sistem disyorkan
6-8 kWp
Penjimatan bulanan
RM 300-380/bulan
Kurang 75-90%
Bil semasa
RM 600
Sistem disyorkan
8-10 kWp
Penjimatan bulanan
RM 480-560/bulan
Kurang 80-90%
Bil semasa
RM 800+
Sistem disyorkan
10-12 kWp
Penjimatan bulanan
RM 600-720/bulan
Kurang 80-90%

Anggaran berdasarkan penggunaan siang hari 70%, kadar TNB Tarif D (RM 0.218–0.571/kWh), dan sinaran suria purata Malaysia.

Kalkulator Penjimatan Solar

Masukkan bil elektrik bulanan anda untuk lihat sistem solar yang disyorkan, kos anggaran, dan penjimatan sepanjang 25 tahun.

Kalkulator Penjimatan Solar

Anggaran penjimatan percuma

RM

Langkah Pemasangan Panel Solar

Proses pemasangan solar panel di Malaysia mengikut prosedur Suruhanjaya Tenaga dan TNB. Keseluruhan proses mengambil masa 4-8 minggu.

Langkah 1

Survey & Penilaian Tapak

1-2 hari

Jurutera kami melawat rumah anda, periksa atap, panel agih (DB box), dan sambungan TNB. Analisis bayangan dan cadangan rekabentuk sistem dibuat.

Langkah 2

Rekabentuk & Sebut Harga

2-3 hari

Kami sediakan rekabentuk sistem terperinci, pilihan jenama panel, dan sebut harga yang telus. Anda boleh semak dan tanya soalan sebelum setuju.

Langkah 3

Permohonan TNB & SEDA

2-4 minggu

Trexon uruskan keseluruhan permohonan kepada TNB (untuk sambungan Solar ATAP) dan SEDA (untuk pendaftaran Solar ATAP). Anda tidak perlu buat apa-apa.

Langkah 4

Pemasangan Panel & Inverter

1-3 hari

Pasukan pemasang bertauliah kami memasang sistem dalam 1-3 hari bergantung pada saiz. Mounting, panel, kabel, dan inverter dipasang mengikut piawaian MS1837.

Langkah 5

Pengujian & Pentauliahan

1 hari

Sistem diuji sepenuhnya — IV curve test, isolasi panel, sambungan inverter, dan pembacaan output. Laporan ujian diserahkan kepada anda.

Langkah 6

Sambungan Grid TNB & Pengaktifan

1-2 minggu

TNB menghantar juruteknik untuk pasang meter eksport dan aktifkan sambungan Solar ATAP. Sistem mula berfungsi dan jimat wang anda!

Jumlah masa: 4-8 minggu

Trexon uruskan semua dokumentasi, permohonan TNB/SEDA, dan koordinasi dengan semua pihak. Anda hanya perlu tanda tandatangan!

Panduan lengkap: Cara mohon Solar ATAP 2026Bil TNB mahal? Ketahui cara jimat dengan solar

Insentif & Pembiayaan Solar 2026

Malaysia menawarkan beberapa skim insentif dan pembiayaan yang menjadikan solar panel lebih mampu milik. Ketahui hak anda.

Solar ATAP (Kredit Bil TNB)

RM 4,000

Program kredit bil dari SEDA — tenaga solar berlebihan dieksport ke grid TNB dan dikreditkan pada bil elektrik anda (~RM0.218/kWh). Ini bukan subsidi tunai — ia mengurangkan bil bulanan anda. SolaRIS RM4,000 telah tamat April 2025.

Kelayakan: Semua pemilik hartanah yang bersambung ke grid TNB — tiada had pendapatan atau kuota

Pinjaman Hijau Bank

Tanpa faedah

Nota: Pengeluaran KWSP Akaun 2 tidak dibenarkan untuk panel solar pada masa ini. Sebagai alternatif, pinjaman hijau daripada Maybank, CIMB, RHB, Public Bank dan BSN menawarkan kadar dari 3.5% setahun dengan tempoh sehingga 10 tahun — ansuran bulanan biasanya lebih rendah daripada penjimatan bil TNB.

Kelayakan: Warganegara atau PR Malaysia, rekod CCRIS bersih, pendapatan minimum RM3,000/bulan

GITA (Green Investment Tax Allowance)

100% Tax Exempt

Untuk syarikat dan perniagaan. Pengecualian cukai 100% daripada kos kelayakan pemasangan solar. Sah sehingga 2026. Nilai insentif boleh mencapai ratusan ribu ringgit untuk pemasangan besar.

Kelayakan: Syarikat berdaftar Malaysia, perniagaan, kilang, bangunan komersial

Pembiayaan Bank (0% Faedah)

0% Interest

Beberapa bank Malaysia menawarkan pinjaman solar dengan kadar faedah rendah atau 0%. Bank Islam, Maybank, dan CIMB ada skim khas untuk pembiayaan sistem solar. Ansuran bulanan lebih rendah dari penjimatan bil!

Kelayakan: Pemegang kad pengenalan Malaysia, pemilik hartanah, pendapatan tetap
Ketahui lebih lanjut tentang pembiayaan solarPanduan lengkap subsidi & insentif kerajaan solar

Jenis Panel Solar: Mana Yang Terbaik?

Terdapat 3 jenis utama sel solar di pasaran. Untuk Malaysia, pilihan terbaik adalah jelas — monokristalin adalah standard industri.

Disyorkan

Monokristalin (Mono)

Kecekapan: 20-22%

Kelebihan

Kecekapan tertinggi
Prestasi lebih baik dalam cuaca panas Malaysia
Jaminan prestasi 25-30 tahun
Saiz lebih kecil untuk output sama

Kelemahan

Harga lebih tinggi (~10-15% lebih mahal dari poli)
DISYORKAN untuk Malaysia

Jenama: LONGi, Jinko, Trina, Canadian Solar

Polikristalin (Poli)

Kecekapan: 15-17%

Kelebihan

Harga lebih rendah
Teknologi matang dan terbukti

Kelemahan

Kecekapan lebih rendah — perlu lebih banyak panel
Prestasi menurun lebih ketara dalam cuaca panas
Kini jarang dipilih — mono lebih berbaloi
Pilihan bajet (tidak disyorkan untuk 2026)

Filem Nipis (Thin-Film)

Kecekapan: 10-13%

Kelebihan

Fleksibel — boleh dipasang pada permukaan melengkung
Prestasi baik dalam cahaya redup

Kelemahan

Kecekapan sangat rendah — perlu ruang 2x lebih besar
Jarang digunakan untuk kediaman Malaysia
Jaminan lebih pendek
Untuk aplikasi khas sahaja

Jaminan Panel Solar

Jaminan produk: 12-15 tahun (kecacatan pengilangan)
Jaminan prestasi: 25-30 tahun (minimum 80% output)
Jaminan inverter: 5-10 tahun (perlu tukar selepas 10-15 tahun)
Baca: Perbandingan Jenama Panel Solar Malaysia 2026

Soalan Penting Sebelum Pasang Solar

Ini adalah senarai semak soalan yang perlu anda tanya kepada mana-mana kontraktor solar sebelum menandatangani kontrak. Kontraktor yang baik akan menjawab semua soalan ini dengan jelas.

1
Adakah syarikat anda berdaftar dengan SEDA Malaysia?
2
Boleh tunjukkan lesen pemasang elektrik JKR anda?
3
Apakah jenama panel dan inverter yang akan digunakan?
4
Berapa lama jaminan pemasangan anda?
5
Siapa yang akan uruskan permohonan TNB dan SEDA?
6
Adakah harga termasuk semua kos — tiada kos tersembunyi?
7
Boleh berikan rujukan pelanggan yang sudah pasang?
8
Apakah proses jika ada kerosakan sistem selepas pasang?
9
Boleh bantu proses jika diperlukan?
10
Berapa lama masa yang diperlukan dari survey hingga pengaktifan?

Berhati-hati dengan kontraktor yang mengelak soalan ini atau tidak dapat menunjukkan lesen dan pendaftaran. Solar adalah pelaburan jangka panjang — pilih dengan bijak.

Artikel Berkaitan

Harga Solar Panel Malaysia 2026Subsidi & Insentif Kerajaan SolarCara Mohon Solar ATAPPerbandingan Inverter Solar Malaysia 2026Bil TNB Mahal? Cara Jimat Dengan SolarKalkulator Solar — Kira Penjimatan Anda

Soalan Lazim (FAQ)

Sedia untuk Mulakan?

Dapatkan penilaian jarak jauh percuma berdasarkan bil dan butiran hartanah, serta sebut harga untuk rumah anda. Trexon Energy — kontraktor solar berdaftar SEDA, lebih dari 500 pemasangan di Malaysia.

Dapatkan Sebut Harga PercumaWhatsApp Kami+60 12-770 7249
Berdaftar SEDA
500+ Pemasangan
Jaminan 5 Tahun
Khidmat 24/7
Free 60-Second Quote

Get your solar savings estimate in 60 seconds

Malaysia's most accurate calculator. No phone number required. Save up to 90% on your TNB bill.

Get Instant QuoteChat on WhatsApp
Trexon Energy logo

Malaysia's SEDA-licensed solar partner since 2020. We design, finance, and install residential, commercial, industrial, and off-grid solar systems.

Registered Office

Thither Global (M) Sdn Bhdtrading as Trexon Energy

G-06-28, Level 6, Block G, Sunway Geo Avenue
Jalan Lagoon Selatan, 47500 Subang Jaya
Selangor, Malaysia

SSM: 201301044881 (1074704-D)

SEDA Licence: SEDA-RPVSP-2026/373

Sales & Support

+60 12-770 7249

WhatsApp Business

+6012-770-7249

Email us

energy@trexon.my

Service Coverage

Peninsular Malaysia, Sabah & Sarawak

Solutions

  • Residential Solar
  • Commercial SolarB2B
  • Industrial Solar
  • Factory SolarGITA
  • Off-Grid Systems
  • Battery Storage
  • BESS for BusinessNew
  • SME Solar
  • CRESSNew
  • Industrial Parks
  • C&I Solar Hub
  • Peak Shaving
  • EV Charging
  • Solar Water PumpsAgri
  • Replace Your GensetNew
  • Strata / JMB SolarNew
  • Data Center SolarNew
  • EV Charging-as-a-Service
  • Singapore Cross-BorderSG
  • Hospital SolarNew
  • School Solar
  • Telco Tower Solar
  • REIT Portfolio

Services

  • Remote TNB Bill AuditFree
  • Solar Monitoring
  • NEM Application
  • GITA Tax FilingCFO
  • Solar Inspection
  • Energy AuditC&I
  • Sustainability ReportingESG
  • Solar InsuranceNew
  • Singapore Consulting
  • O&M Services
  • All Services

Coverage

  • Solar Kuala Lumpur
  • Solar Selangor
  • Solar Petaling Jaya
  • Solar Shah Alam
  • Solar Penang
  • Solar Johor Bahru
  • Solar Ipoh & Perak
  • Solar Melaka
  • Solar Sarawak
  • All 20+ Locations20+

For Business

  • Submit RFP (5 Min)Free
  • Commercial ROI Calculator
  • PPA & Ownership Models
  • IPP Projects
  • Utility-Scale (LSS/CGPP)
  • Industries We Serve
  • Storage, Tracker & BIPV Products
  • Developer APIAPI
  • GITA 60% Tax GuideCFO
  • TNB MD Charge Guide
  • Commercial Case Studies

Tools & Resources

  • Solar ConfiguratorFree
  • Bill Analyzer
  • Priority Site VisitRM100 Credit
  • Diesel vs Solar CalcNew
  • Solar Panel Price 2026
  • Solar Buyer Guides
  • Solar Blog
  • Case Studies
  • Solar ATAP (NEM) Guide
  • FAQ

Company

  • About Trexon Energy
  • Why Choose Trexon
  • Our Team
  • CareersHiring
  • InternshipsOpen
  • Press & Media
  • CSR & Awards
  • Green Technology
  • Investors
  • Installer Partners
  • Referral ProgramRM500
  • Contact Sales

Support & Legal

  • Customer Portal
  • Track My Installation
  • 25-Year Panel Warranty
  • Panel Cleaning
  • O&M Services
  • Sitemap
  • Full Site Map
  • Privacy Policy
  • Terms of Service
  • Refund Policy
SEDA
RPVSP licensed
TNB
Solar ATAP ready
Tier-1
Panels & inverters
RM2,000
Booking to start
25-yr
Panel warranty
SEDA RPVSP Licensed(SEDA-RPVSP-2026/373)
TNB Solar ATAP Certified
SIRIM Certified Products
ISO 9001:2015
MPIA Member

© 2026 Thither Global (M) Sdn Bhd (201301044881). Trading as Trexon Energy. All rights reserved.

PrivacyTermsRefund PolicySitemap|Protected by reCAPTCHA (Privacy & Terms)
MalaysiaMade with ♥ in Subang Jaya

Website by JagaWeb